Monday, July 25, 2011

[Cuti-Cuti] Kuching, Sarawak - Flight


Assalamualaikum

Pengalaman ke Kuching buat pertama kalinya pada 19 hingga 23 Mei yang lalu. Dah lama sebenarnya kami satu family tak naik flight. Last sekali tak silap masa tahun 98. Ada rombongan ke Jakarta. Hopefully berpeluang ke sana balik. Trip kami ke sini kali ni, salah seorang kakak aku tak dapat ikut sebab dia masih final exam masa ni. Yang pasti Kuching best. Paling best mestilah makanannya dan minumannya. Sedap sangat. Rasa macam nak naik flight ke Kuching semata-mata nak makan then balik Semenanjung. Gila tak gila? Thanks Air Asia atas perkhidmatan korang.

Kedua-dua abang aku

ayah relaks je naik flight

kakak dengan mak excited

ni budak yang terlebih excited

Kami dah tempah tiket masa tahun 2010 lagi. Berapa tah jumlahnya. Yang pasti murahlah kan. Rasanya dalam 200 lebih untuk 7 orang pergi dan balik. Rugi sebab sorang tak dapat pergi tapi tetap ada jimatnya. Masa flight balik ke Kuala Lumpur, aku suka tengok rambut sorang FA ni. Rasa macam stylo pulak rambut dia. So, kepada kakak FA, maaflah saya ambil gamba curi-curi ni, saya suka tengok rambut awak. Tapi yang penting, awak punya layanan sangat baik. Ada jodoh kita berjumpa lagi.


No comments:

Post a Comment