Wednesday, July 27, 2011

[Cuti-Cuti] Kuching, Sarawak - Chinese History Museum


Assalamualaikum


Chinese History Museum ini dibuka secara rasminya pada 23 Oktober 1993. Dahulunya muzium ini diguna sebagai mahkamah untuk komuniti China pada tahun 1912 to 1921. Ia terletak di Waterfront Kuching dan merupakan salah satu tempat tarikan pelancong. Masuk adalah percuma dan dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 4.30 petang.

Masuk terus posing kat depan lanca ni

Kakak dengan mak cuba main catur cina

Aku dengan abang tak terkecuali

Inilah tandu yang kita selalu nampak dalam cerita-cerita cina


Sebenarnya kejap sangat masuk dalam muzium ni. Kawasan dia tidaklah besar mana. Kalau nak tahu sejarah masyarakat Cina Sarawak bolehlah datang ke sini. Macam-macam ada. Nak balik tu, kitorang terdengar suara anak kucing. Cari-cari sekeliling ternampaklah dia. Kesian dengan si kucing ni. Nak kasi makanan tak boleh sebab tak pegang makanan pape pun. Apalah nasib si kucing ni sekarang ek?

anak kucing menyorok takut-takut



No comments:

Post a Comment