Friday, May 27, 2011

[Event] Ladies Night MMU Melaka - 20 April 2011


Assalamualaikum

Cerita yang lebih sebulan dah berlalu. Baru aku terasa nak update kat blog yang dah hampir bersawang. Entry pun sekarang sangatlah kurang. Atas ajakan si Nadia Emilia ni, aku terasa nak pergi walaupun aku tahu, esoknya aku ada presentation projek PD kat penilai aku. Sepatutnya pagi 20 April tapi terpaksa ditunda keesokan harinya. Disebabkan dah janji, aku takkan mungkiri. Melainkan ada sebab-sebab yang munasabah.



Dah lama tak jejakkan kaki kat MMU Melaka ni. Aku tak pernah tengok lagi show-show kat sana. Disebabkan aku dah semester last kat Melaka ni, why not aku try pegi that event. Bolehlah aku tengok cara mereka handle event macam mana. Walaupun event ni berbayar, aku tabik pada bilangan mereka yang datang. Macam nilah kiranya untuk support kawan-kawan dan event universiti. Kalau kat utem, event free pun susah nak ajak datang.

Selain nak tengok performance Nad tu yang last aku jumpa tahun lepas, aku jugak taknak lepaskan peluang nak dengar suara Liyana Fizi. Salah seorang artis indie favourite aku. Suara dia sangat sedap. Memang bestlah lagi-lagi versi unplugged. Barulah ada feel nak layan. Crowd bebudak MMU ni sangatlah supportive. Asyik jerit dan tepuk tengan. Kalaulah crowd utem macam tu, memang best tapi sayangnya selalu yang didengar mestilah bunyi booo yang lebih.

Dah namanya Ladies Night, kesemua yang menyanyi adalah wanita. Selain Nad dan Liyana Fizi, artis indie Diandra Arjunaidi turut perform. Then selain tu, student MMU Zette Shazlin, Nur Izzat dan Liyana Samsuddin yang perform. Ada juga sketsa yang dilakonkan student kelab seni mereka yang melibatkan tentang bahaya kanser. Event ini juga bergandingan dengan Makna untuk memberi kesedaran tentang bahaya kanser. 




Diandra Arjunaidi - Her 1st malay single Angkasa sangat easy listening


Thanks kepada Atoi yang pinjamkan aku kamera beliau untuk merakam video dan juga snap gamba. Habis saja kesemua performance, pegi cari si Nad dan tentunya Liyana Fizi untuk snap gamba. Mana boleh lepaskan peluang. Susah sangat nak jumpa mereka dah kalau terlepas. Malam tu cukup untuk buat aku happy seketika. Terima kasih kepada orang yang bawak aku ke sini dan kepada orang yang mengajak. Terima kasih daun keladi, ada jodoh jumpa lagi.

Aku rindu dengan makcik Nad ni

She's awesome. Kawan kata dia macam orang Korea. Betul ke?

No comments:

Post a Comment