Sunday, February 6, 2011

[Kenangan] 5th Anniversary Second Batch Sepang

Assalamualaikum

6 Februari lah hari ni. Apa yang special sangat yea? Tentunya ulangtahun, aku sebagai pelajar siri kedua SMT Sepang yang sangat best dan gempak bangunan sekolahnya walaupun berada di dalam hutan. Aku mulanya ingat sekolah ni dekatlah dengan Litar Sepang ke apa, padahal TIDAK sama sekali. Hanya bertemankan hutan kelapa sawit di kiri dan kanan.

Rumah yang aku duduki sekarang ni hanyalah dalam 1km je nak ke sekolah tercinta tu. Mana nak keluar dan jalan-jalan mesti lalu sekolah tu. Rasa macam nak masuk dan lepak kejap kat tempat-tempat yang selalu aku lepak. Banyak pulak port best untuk lepak nak release tension. Junior-junior sekalian taknak tahu ke? Rasanya korang pun mesti suka port aku tu.

Bukan mahu kata apalah, aku yang baru pindah ke Selangor masa tu dan bergaul pula dengan kawan-kawan kat sini, banyak betul aku nampak pengaruh buruk dan aku tertahu perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Biasalah kawan pun dengan budak-budak bandar, so sendiri fahamlah. Cuma, alhamdulillah, aku tidak terikut-ikut cara mereka. 

guru edisi pertama Teknik Sepang
Tapi aku bersyukur sebab kat sekolah yang dulunya kami panggil Sekolah Menengah Teknik Islam sebab corak pentadbiran warden untuk pelajar-pelajar hostel memang bercorak Islamik. Mana lagi nak dapat belajar benda-benda tu percuma dan dipraktikkan walaupun ramai sangat tak suka. Puasa sunat? Sembahyang sunat? Baca Al-Quran? Semuanya dipraktikkan cuma antara mahu atau tidak saja.

Kat sinilah, setiap sembahyang 5 waktu diwajibkan berjemaah. Setiap hari Khamis, malam Jumaat akan ada bacaan Yasin beramai-ramai. Setiap hari minggu pula akan ada ceramah agama. Paling digemari ceramah dari Ustaz Kausar. Memang sangat best. Saya rindu semua tu T_T

Lepas je aku habis final semester ni, aku plan nak round dan lepak habis-habisan kat dalam sekolah tu. So, nanti aku ikhtiarkan kebenaran tuk berada kat sana. Ada jugak kawan aku yang katanya nak join. Saya suka. Saya suka. Siapa yang lain nak join aku, sila khabarkan awal-awal. Kita buat konvoi ramai-ramai nanti yea. \o/ 

aku dicabar berpakaian warna pink
Bilalah masanya akan bertemu mereka-mereka yang saya sayang ini. 

AKU RINDU KALIAN



No comments:

Post a Comment