Saturday, January 8, 2011

[Aku] Selamat Datang 2011


Assalamualaikum

Tahun 2011 adalah tahun yang diharapkan dapat menghilangkan segala kenangan pahit di masa yang lalu. Nama Atenzone yang telah pun digunakan beberapa tahun lalu. Blog dengan nama atenzone sengaja diwujudkan untuk lebih dekat lagi dengan orang-orang tertentu. Khas untuk merapukan diri sendiri, bercerita tentang dunia hiburan, tentang isu-isu semasa dan apa-apa sahaja yang menarik minat untuk dituliskan.

Ketika bertungkus-lumus menguruskan Sukan Antara Fakulti tahun 2010.

Oh maaf dipinta andai tersalah tulis, tersalah info, or terlupa nak kasi kredit. Selamat membaca blog yang baru, cara yang baru, suasana yang baru tetapi masih kekal sebagai orang yang sama. Hanya realiti dan persepsi yang membezakan. Salam perkenalan kepada pembaca yang baru. 

"Sorry seems to be the hardest word"

Wahh, tetiba aku nyanyi lagu kumpulan Blue ni apa ke hal? Takdelah, sebab memikirkan aku tak update satu entry pun lagi tuk tahun 2011 ni. Bila aku tengok kawan-kawan aku punya blog yang dah berderet entry nya walaupun baru je masuk hari ketujuh di tahun 2011. Mungkin azam tahun baru diorang nak banyakkan entry. Aku pun nak jugaklah ber"azam" macam tu. Boleh ke?

Sambutan Tahun Baru aku hanyalah biasa-biasa saja. Hari last 2010 tu, aku gerak dengan kakak aku pegi area Masjid India dengan Bukit Bintang sebab saja nak rasa suasana macam mana dan sambil tu kita boleh shopping-shopping sikit. Oh ya, bagi yang nak dapatkan parking murah di Hari Ahad dan Public Holiday, korang parking kat Plaza Berjaya. Per entry hanya RM5 tau. Berbaloi-baloi.



Mereka kat gambar di atas pun teringin nak sama-sama mengucapkan kat korang semua Happy New Year 2011. Diorang jugak antara orang yang happening yang aku kenal tahun lepas. Tahun ni, kita kasi happening lagi yea. Hopefully dapat jugak aku join mereka lagi ke event-event tertentu. Nanti Aten confirmkan tarikh untuk tengok teater Terima Kasih Cinta bulan Februari ni if dapat kebenaran untuk pergi sana.

Untuk kali ni pulak, aku tak terasa lagi nak ke mana-mana event hiburan. Tapi aku dah set nak lepak Jom Heboh tahun ni kat Melaka dengan member aku tu. Yelah, dah tahun last kat sini, so apa lagi pegi jelah walaupun aku tak suka berhimpit-himpit dengan orang ramai. Moga-moga tahun ni Fafau datang ler sebab dah 2 tahun dia takde kat Jom Heboh Melaka.

Papepun, aku nak wish gudluck untuk kawan-kawan kelas aku untuk sama-sama kita dapat konvo beramai-ramai tahun ni yea. Janganlah ada yang buat hal sampai digantung or ditendang keluar. Kita dah sem last ni, janganlah rosakkan harapan ayahanda dan bonda di kampung. Gembirakan mereka. Jangan lupa juga tuk set kan gathering paling best penghujung semester ni. Aku tunggu tau.

"Kehidupanku, Ingatanku, Impianku, Azamku"



update 2012
oh ya, aku sengaja import sebahagian entry dari blog Okie Dokie aku yang lama untuk mengisi ruang yang ada. selamat membaca.

No comments:

Post a Comment