Thursday, December 23, 2010

[Jalan-Jalan] Reunion Kelas 2010


Assalamualaikum

Untuk kali pertamanya aku dapat join mereka ber reunion. Maklumlah sebelum ni sibuk. Sibuk buat benda lain sebenarnya. Kami pilih Berjaya Times Square sebabnya saja kot. Sebab malas dah kat tempat favourite budak-budak sekolah kami, Midvalley. Aku pun sebenarnya dah boring sangat kat situ. Lepas ni, no more Mid for reunion OK.

Dah beberapa tahun sebenarnya aku tak jumpa mereka-mereka ni. Last skali pun masa aku amek result SPM kat sekolah Teknik Sepang tu. Cuba kira berapa tahun. Even ada sorang tu aku terjumpa dia masa event Youth 10 tahun lepas. Semua orang dah berubah ok. Aku je sama tak pernah berubah. Entahlah.


Reunion ni tak dirancang pun. Si budak Ayu ni sibuk tanya kat status dia ajak jumpa ramai-ramai. Aku yang tengah bosan keseorangan kat rumah ni so apa lagi ON jelah. Then decide date and tiba-tiba terus create group kelas kat facebook. Tapi yang datangnya adalah tujuh orang termasuk aku. Then terserempak dengan sorang kat McD sana. Dia keje part time kot. Aku tak tanya plak. Boleh plak gitu.


Agenda kitorang hari tu hanyalah tengok wayang then lepak sambil makan-makan. Topik terhangat mestilah pasal zaman sekolah dulu. Cerita pasal si dia, then dia, then orang ni, orang tu. Alhamdulillah kebanyakan kawan masih lagi belajar. Ada beberapa je yang masih kekalkan jurusan kejuruteraan awam. Yang kekalkan pun semua power-power. Dan ramai jugaklah yang melencong jauh macam aku.

After dah lama borak-borak sampai boleh tukar tempat dari food court. Then macam biasa mestilah berphotoshoot. Diorang macam tahu je, asal aku ada je, mesti bawak kamera. Dah tentu semua tu. Kata hobi masa lapang. Oh ya, paling menyedihkan kamera Nikon aku dah dijual. Takpe, lepas ni aku beli sendiri. Wajib.


Habis penat lelah kamera aku snap gamba mereka-mereka yang gila gamba ni, aku turun ke bawah. The same time, ada launching album terbaru Hujan, Lonely Soldier Boy. Aku yang sampai awal pagi tu, aku sempat jugak tengok rehearsal diorang semua. Terbaik wok. Thanks untuk krew Xfm Street Surfers aku berjaya menang Album tu. Weehooo. Aku syorkan korang beli sebab lagu-lagu dalam tu semua menarik dan terbaik belaka terutama of coz Inspektor Remos. 

Actually aku bukan saja nak tengok Hujan tapi jugak nak jumpa cik DJ baru ni. Aku tahu dia ada pun lepas tanya dia kat twitter a night before. Katanya Era dengan XFM official radio, mestilah ada. Pada yang tak kenal dia, nama dia Ira. Baru je sebenarnya dia diserap secara official as DJ Era. Aku kenal dia pun sebab seseorang. Dapat jugak jumpa akak Ira ni. Lama nau tak jumpa. Tapi takleh lama sebabnya dia kena settle pasal Press Conference Hujan time tu kat Starbucks.


Know what, dari awal petang lagi hujan turun. Memang dekatlah nama Hujan dengan hujan ni. Aku nak balik pun susah. Monorail dah terkandas lebih 1 jam. Alternatif lainnya, jalan sampai ke stesen LRT Hang Tuah even hujan. Dan terimalah demam panas lepas balik rumah. Jangan tiru macam saya yea.


No comments:

Post a Comment