Wednesday, December 22, 2010

[Award] Shout Awards 2010


Assalamualaikum

Cerita yang sebulan dah berlalu baru nak update ko Aten. Bajet ko sibuk lah yea. Rupanya ko makan, tidur je selama cuti semester ni. Mana ada keje lain lagi. Ops ada, kerja surirumah tangga. Anda dibuli kakak dan abang mengemas rumah, basuh pinggan mangkuk. Dah macam orang gaji dah aku cuti-cuti ni.

Berbalik pada tajuk di atas. Shout Awards atau kami panggil Anugerah Jerit-Jerit sebab memang bisinglah semua orang terpekik-pekik sampai nak terkeluar tekak. Nilah first time aku join secara langsung kat sana. Selalunya aku tengok secara langsung kat kaca TV je. Thanks pada yang ajak.


Tengok gamba kat atas. Muka dua orang tu cam excited je kan. Dua-dua muka first time. Sebenarnya takde perasaan. Eh dah pandai senyum yea ko Aten. Tapi masih tak ikhlas. Sila cuba lagi untuk benar-benar ikhlas. Ops lupa nak cakap, kat sebelah aku tu, sepupu aku yang sebaya. Apaaaa, nampak aku lagi muda? Terharu kejap. Padahal aku dengan dia bedanya 12 hari je.

Hah, di mana ada event hiburan, korang telitilah mana-mana muka kat bawah . Mungkin mereka terselit di salah satu event. Merekalah kawanku yang fun. Kakak dan abang Fun Corner. Cuma kali ni yang snap gamba ni abang so takdelah gamba dia. Thanks Abang Pejal. Ini gamba kami sama orang yang dah makin sewel kat Quickie malam-malam. Nak tengok dia bukaklah 8tv Isnin sampai Ahad 11.30 malam. Malam Rabu je pukul 12 malam yea. Promote nampak? Mestilah.


Kalau korang tanya sama ada aku mungkin akan pergi atau tidak award show masa akan datang. Biarlah masa menentukan. Aku tak kisah sangat. Hajat kali ni nak tengok live bola sepak kat stadium plak. Sape boleh bawak aku? 

No comments:

Post a Comment