Friday, October 8, 2010

[Raya] Konvoi Raya


Assalamualaikum

Raya oh raya kat Melaka. Ramai nau orang Melaka kat kelas aku ni. Senang cite, budak-budak Melaka kat UTeM ni teramatlah ramai OK. Kelas aku jea dah lebih 10 orang. Kitorang satu kelas ni plak suka nak konvoi beraya kat rumah diorang semua. Makan free, sape yang taknak kan? Rumah yang first skali aku pegi beraya rumah Bird yang dekat sangat dengan Tesco Cheng. Kami makan Mee Kari dan kek Secret Recipe gitu. Makanan yang lain, aku tak sempat nak sentuh sebab masa tu tak berapa lalu.

beraya dengan berseluar dan sweater. *geleng kepala*

Next lokasi rumah Bella. Tapi bukan rumah dia sebab rumah dia kat Bukit Mahkota. Yang ni rumah Tok Mak dia. Paling jauh pernah aku pegi beraya dengan budak-budak kelas. Muar oh Muar. Teringat Alam SYTYCD dengan Nana ke? Makanan kali ni Bihun Sup dan Begedil istimewa. Pencuci mulut plak, puding karamel. Nyummy. Thanks Bella. Tak sia-sia kitorang sampai dari jauh.

sampai jugak aku di Muar (yeay)

Last but not least yang mengumpul paling ramai budak kelas, rumah Dayah aka Doyot panggilan aku kat dia. Memang enjoylah. Jumlah kete yang join hampir-hampir dekat 10 biji kete. Bayangkanlah ramainya. Menu kat sini, Nasi Lemak. Eh, kegemaran aku tu. Kat sini jugak aku amek gamba passport diorang semua. Memang enjoy lah. Maklumlah lepas ni dah tak raya sama-sama dah.

dengan mereka-mereka yang sengal

ramai tak?

Tahun depan dah tak boleh konvoi ramai-ramai lagi. Kita dah berpecah. Ada yang nak keje, ada yang nak sambung belajar tempat lain tapi ada lagi yang stay. Dont worry lah, lain tahun kita jumpa OK. InsyaAllah. Pada rumah yang aku tak dapat join tu, sorry sangat-sangat. Maaf Zahir dan Batin.

babak poyo aku

Lepas raya ni ada lagi rumah orang di Melaka yang menjemput. Sama-sama kita nantikan yea.

No comments:

Post a Comment