Friday, October 8, 2010

[Raya] Cerita Raya di Kedah


Assalamualaikum

Dah masuk hari last di bulan Syawal barulah aku sempat tuk update cerita raya kat Kedah. Oh saya suka segalanya tentang Kedah. Seperti biasa, malam Raya adalah waktu yang paling besh untuk shopping raya tuk kali terakhir. Pekan Rabu jadi pilihan. Kedah sesak kedah sesak. Bihun sup waktu malam raya RM4. Betul-betul cekik darah betul ni. Pasni, jangan pilih kedai tu dah. Dahlah servis lambat. Memang kedai anda di black list.

Tahun ni, masih lagi beraya di Jitra. Mungkin akan kurang ke Pendang dah. Kalau pergi pun hanya untuk sejam dua dan bukannya bermalam di sana. Kenapa? Abaikan. Aku tak rasa seronok untuk beraya kali ni. Satu saja kelainan raya ni, semua asyik tanya pasal akaun Facebook. Sampai mak-mak sedara dengan bapak-bapak sedara pun sibuk jugak. Asal tangkap gamba jea, mesti sebut nak letak kat facebooklah tu.

Kalau raya yang selalu aku tengok mesti fesyen budak-budak pakai baju raya. Diorang tu dahlah comel, kiut. Pastu pakai plak baju kurung yang besar, baju melayu yang besar. Cam kesian je aku tengok tapi still comel kot. Rasa cam nak cubit-cubit je budak ni. Tapi tak boleh, tak pasal-pasal mak bapak dia serang aku. So, cara paling selamat, kita snap gamba mereka.

wajah kanak-kanak riang

Aku beraya kat kedah sampai raya ketiga jea sebabnya hari selasa kakak aku dah kena kerja. So, aku sefamily balik Penang masa raya ketiga then balik Bangi Raya keempat. Macam rush sangat plak raya kali ni. Tu yang aku kata tak besh. Tapi duduk kampung lama-lama pun tak tahu nak pegi mana-mana pun. Rasanya tahun ni duit raya macam orang dah taknak kasi kat aku. Jeles dengan waktu-waktu dulu, orang yang belajar kat universiti selalu dapat banyak. Kali ni, paling tak dapat. Redha saja. 

bergambar kat kampung di Jitra

Internet kat kampung tak payah risau sebab abang aku guna tenet yang bayar rm6 sehari. Aku guna free-free jea. Takpun pinjam sepupu punya berukband. Cuma tension saja nak online, baik aku online guna hp abang aku jea. Pandai tak den? Tapi still tak besh untuk online guna hp. Aku lebih suka online dengan skrin yang lebih besar. Macam manalah orang yang online guna BB tu kan? Iphone agak besh tuk online sebab skrinnya yang besar jugak. Takde keypad yang menganggu. Kan kan?
Bersama di kampung di Pendang

Cuti Raya kali ni 2 minggu OK. Sangat lama. Hanya duduk diam-diam kat rumah je aku even banyak giler jemputan rumah terbuka aku dapat. Jawapannya sebab aku takde teman nak pegi. Sedih kan? Takpelah next year yea aku pegi rumah terbuka korang. Jangan lupa jemput even aku tak dapat pegi tahun ni. Selamat Hari Raya.

Raya di rumah Makcikku di Simpang Empat



No comments:

Post a Comment