Friday, October 8, 2010

[Jalan-Jalan] Hari Kepenatan


Assalamualaikum

2 Oktober 2010. Penat dan letih. Hari yang hectic sangat. Aku bangun seawal jam 6.30 pagi untuk ke outing terbesar Redah Kasi Pecah 2 - Kuala Lumpur (RKP). Tapi malangnya takdapat pegi awal sebab kakak den nak keluar pun dalam pukul 9 pagi lebih sebab dia nak tengok Magika kat Midvalley. Aku hanya naik KTM dari Mid ke KL Central then barulah ke KLCC menggunakan LRT.

jumlah photog yang tersangat ramai

Alhamdulillah, rupa-rupanya event tu tak start pun lagi. Padahal jam kat tangan dah menginjak ke pukul 11 pagi. Bilanyer nak start? Mungkin sebab ramai sangat yang join, so kena tunggu punya tunggu. Takpelah. Actually event tu sampailah ke malam tapi aku dah tak berdaya nak teruskan sebab orang yang dengan aku pun ramai balik awal. Kamera aku pun dah kasi amaran, bateri tak mencukupi. Tapi ada jugak aku belajar something. Pasni impian aku, nak beli kamera cam abang-abang kat atas tu. Takpe, still muda lagi. Sempat tuk aku kumpul duit. Doa-doakanlah yea.

model kumpulan kami, Zara

abang Cemek, senior UTeM

Actually aku rasa nak jalan-jalan kejap kat Low Yatt nak view komputer baru. Orang kata, nape ko taknak beli laptop dah? Dah seriklah. Lagipun kita boleh dapat specs yang lebih dengan harga yang murah dibandingkan dengan laptop. So, aku teruskan lah nak follow diorang ke Bukit Bintang untuk Street Photo.

Alih-alih, aku dapat mesej dari sorang mamat ni, baru nak tanya aku, event RKP tu start bila. Aku katalah sekarang. Dia ingat nak join tapi then dia ajak lepak. So, aku pun dah bosan takde membe dah sebab semua dah balik, aku pun cakap ON. So, teruslah menuju ke Midvalley.

pizza yang dibelanja

Deen, nama mamat tu. Aku kenal dia dengan nama Deennasour sebab dulu aku suka baca dia punya blog. Kenal dia kat myspace kot dulu. Alih-alih aku tengok dia jadi calon DJ baru Hotfm. Patutlah aku macam kenal dia. Lama terlost contact dengan dia. Dia datang dengan membe dia, Mizi. Besh jalan-jalan dengan diorang. By the way, selamat bertugas tuk ko Deen,1 November nanti. Kasi ceria itu konti dengan Chad yea.

Mizi, Deen dan aku

Kesimpulannya, 2 Oktober lepas memang sangat-sangat penat sampaikan aku nak bukak mata pun dah tak larat sebab time balik naik KTM tu, aku dah macam nak pengsan. Sampai je rumah, lepak kejap then online then lelaplah mata aku sampai keesokan harinya. Fuhh, hectic giler. Tapi hari yang besh sebab dibelanja orang makan dan minum cuma tambang saja yang dikeluarkan sendiri. Thanks Deen dan Abang Cemek.

p/s : mana membe-membe perempuan aku yea? sejak akhir-akhir ni asek lepak dengan membe lelaki jea. diorang dah lupa kat aku kot.


No comments:

Post a Comment