Tuesday, September 14, 2010

[Lepak-Lepak] Lepak dan Berbuka Puasa


Assalamualaikum

Benda ni actually dah bape minggu dah berlalu. Cuma baru berkesempatan nak bercerita. Ni jelah aktiviti berbuka puasa yang sempat aku join di area Kuala Lumpur ni lebih-lebih lagi dengan kakak-kakak tersayang ni. Bilalah boleh lepak malam-malam lagi camni? Maklumlah amat-amat jarang aku keluar malam.

Sebenarnya buka puasa ni dah di cancel last minit tapi ON balik last minit jugak. Nasib baiklah ON last minit kalau tak, tak tahulah aku berbuka dengan sape hari tu sebab time tu aku dari Melaka kot. Thanks pada yang belanja tu. Thanks jugak pada yang menghantar aku pulang even terguna jalan yang sangat jauh tuk sampai. Jasa anda amatlah dihargai. Yang pasti asyik gelak je sepanjang lepak-lepak tu.


Tempat yang jadi pilihan Restoran PappaRich dekat Solaris. First time aku sampai tempat tu. Maklumlah, orang yang tak tahu sangat selok-belok kota metropolitan tu. Den sampai betul-betul on time dalam pukul 7 malam. Tu pun dah cuak sangat den dengan Kak Aida takut tempat penuh. Fuh, penat meredah kesesakan lalulintas walaupun bukan aku yang bawak kete tu. Hee.

Nasi Lemak PappaRich yang sedap tapi tak habes :(

Mr President yang happening

Dari indoor area sampailah kami semua tukar ke outdoor ketawa tak ingat yea. Orang-orang kat situ macam tension jea. Sorrylah yea sebab dah lama tak berpeluang lepak lama dengan orang kat atas tu. Asek busy jea. Bila kitorang free, dia busy. Bila kitorang takde masa, dia plak free. Itulah ragam manusia. Tiba-tiba.

Actually semuanya ada 6 orang termasuk sorang Mr Manager, kawan Mr President. Yang lain-lain, biasalah penyibuk life Mr President kat Suria termasuklah aku, Kak Aida, Kak Leo and Kak Iejat. Sangat beshlah dapat lepak dengan korang. Bila lagilah berpeluang macam ni? Tahun depan plak kot.
Gaya Mydin aku dengan Myra

Seperti kebiasaan, setiap yang aku pergi mesti akan ada sesi bergambar. Sama ada sempat or tak jea nak snap. Habis lobi solaris tu kitorang bergambar tapi tup-tup baru sedar, tak banyak sangat pun sebab aku lebih amek video dari snap gamba. Apa-apa pun layan ucapan raya Myra.



No comments:

Post a Comment