Thursday, September 16, 2010

[Aku] Selamat Hari Malaysia


Assalamualaikum

Hari ni 16 September 2010. Maksudnya hari ni cuti umum. So, sempena kakak dan abang pun cuti, kami ke Broga Hills tuk pertama kalinyer. Fuhh, penat sebab dah lama beno tak mendaki ni. Mendaki plak time matahari terpacak atas kepala. Giler tak giler? Panas giler kot. Sunburn, sunburn. Habislah muka aku.

So, di puncak yang tak berapa puncak, ku kibarkan bendera Malaysia kat sana. Guna tripod kot jadi tiang bendera. Kira ok lah dari takde tiang kan? Dah macam tawan puncak Everest jea tapi tu angan-angan yang susah tuk dicapai. Sebabnya stamina dan keadaan diri yang kurang berkemampuan tuk mendaki gunung itu.


Selamat Hari Malaysia semua pembaca blog dan kawan-kawan. Sama-samalah kita menghayati tarikh 16 September 1963 di mana terjadinya gabungan negeri-negeri untuk penubuhan negara Malaysia yang terdiri daripada Semenanjung, Sabah, Sarawak dan ketika itu ada Singapura. Yeah, hidup Malaysia. Saya bangga jadi anak Malaysia. 

No comments:

Post a Comment