Monday, June 14, 2010

[Event] Road Tour SuriaFM - Setiawangsa


Assalamualaikum



Eh SuriaFM lagi. Well, saya penyokong stesen radio yang kurang popular ni. Lagu-lagu mereka putarkan kebanyakkannya jarang aku dengar diputarkan di radio lain. Maklumlah stesen-stesen yang lain tu, lagi banyak lagu Indonesia. Buat pe lah nak putarkan lagu diorang tu, ada ke diorang putarkan lagu kita kat sana? Ada? Lagu Malaysia banyak lagi kot yang lagi sedap dan lebih terbaru. Satu jea "kureng" kat SuriaFM ni, suka putarkan lagu yang sama banyak kali. Jangan buat lagi yea. Tagline terbaru diorang, "Muzik Terbaik 90'an dan Terbaru". Sama-sama kita layan yea.

Kembali tentang Road Tour SuriaFM, tujuan utama aku bukanlah nak melayan artis-artis yang diorang bawak tu, cuma aku nak jumpa sama Kak Myra, sangat kangen sama dea. Lama dah aku tak jumpa. Sengal dea makin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ni. Ingat dea dah tak kenal aku, masih kenal. Macam biasa, mesti dea peluk kalau jumpa. Wahh, jangan jealous. Hari tu jugak aku bawak Kak Leo dengan Kak Aida jumpa Myra. Excited mereka dapat jumpa Myra sebab tu 1st time. Myra pun terkejut kot. Tulah Myra yang aku kenal. Baik dan sporting. Wee.


Hari kejadian juga, Myra dibuli aku, Kak Leo dengan Kak Aida. Kitorang suruh dea bukak topi, asyik pakai jea topi dea tu. Actually dea tak berapa selesa lagi rambut pendek so thats why dea pakai topi nak tutup kepala. Chomey je time dea bukak topi tu, sempat lagi posing amek gamba tapi malu-malu jugak. Haish, anda chomey dan cantik kot. Nape nak malu-malu ni.


bersama DJ Suria dan Adi sixthsense

Ingat lepas jumpa nak chow tapi ada orang nak tunggu amek pic dengan Linda Onn, so tunggulah sampai habis. Fuhh, bersesak kot after show orang yang nak amek pic dengan Linda Onn. Tapi dah kurang minat dekat dea. Sebab apa? Adalah sebabnya. Hanya aku dengan orang yang pergi road tour tu jea tahu. Persembahan artis-artis biasa-biasa saja. Takde yang hebat. Aku sampai sana pun dalam pukul 4 lebih. Sempat tengok Sham Fotograf, Mila dengan Sixth Sense. Tapi sempat nampak Rini AF7 dengan Dayang Nurfaizah. Bayang Nubhan memang tak nampak. Maybe balik terus after dea wat persembahan.

Gudluck aku wish tuk stesen radio kegemaranku. Harap akan lebih diterima pendengar Malaysia. Maklumlah korang bukan di bawah mana-mana syarikat gergasi tapi congrate sebab berjaya juga menembusi pasaran.

Sesi berpeleseran sebentar. ;))