Monday, February 22, 2010

[Kenangan] Penang Oh Penang


Assalamualaikum

Dah lama aku tak jejakkan diri ke Penang untuk waktu yang lama. Rindu benar dengan tempat membesar aku. Gara-gara ayah aku telah ditukarkan ke Penang, aku dapat juga melepaskan rindu di sana. Menjejakkan kaki ke sana sejak Rabu lepas sehinggalah pada pagi 21 Februari. Agak lama aku berada di sana sehinggakan kuliah pada hari Isnin aku tidak dapat hadirkan diri.

Pada petang Khamis, aku telah ke rumah lama aku di Jalan Sepoy Lines, betul-betul berhadapan dengan Padang Polo, berdekatan Hospital Besar Pulau Pinang, di sebelah Kolej Pergigian Pulau Pinang (lahirnya jururawat pergigian) dan juga berhadapan Kediaman Rasmi Gabenor Pulau Pinang. Belakang pula ada hostel jururawat pelatih. Macam-macam ada. Apek si jual jambu batu masih ada, mamak penjual roti pun sama.


rumah lama aku. setengah darinya bukan sebuah ini. tapi dah cukup besar.

Tiap-tiap pagi dan petang, boleh tengok ramai jururawat-jururawat yang berjalan kaki di hadapan jalan di depan rumah. Ada yang berpayung, ada yang tidak. Masa sekolah rendah, mesti kami akan ada sesi rawatan di Klinik Pergigian tu. Ada yang nasib dapat "misi" yang baik, ada juga dapat yang ganas. Takut je. Habis je, nanti dapat pula patung yang dibuat dari kapas-kapas dan dililit tali. Semua mesti lawan, sapa dapat paling lawa. Rindu benar aku dengan suasana tu.

pokok kemboja yang dah tak ada rupa. dulu bermain buaian di sini.

Banyak dah berubah di kawasan rumah aku. Dulu kawasan rumah sangat redup sebab pokok-pokok besar banyak di sekeliling. Sekarang dah panas sebab banyak dah dicantas. Rumah pula dah dibaiki lawa, tingkap dah berubah. Bidai dah tak ada. Dah kurang klasik tapi masih ada sebab bentuk bangunan tak berubah. Nasib baik Meriam yang dulunya aku main jongkang-jongket masih ada. Tapi dah macam kecik je meriam tu. Tandanya aku dah besar rupanya.

alat permainan waktu kecil aku.

Jiran-jiran aku pun still ada di sana. Semua dah kelihatan berbeza. Maklumlah dulu kecil-kecil cili padi, sekarang aduyai, rupa-rupanya dah jadi anak teruna dah. Ada juga yang belum ada masa aku tinggal kat sana. Dah ramai rupanya rakyat Pak Cik Sobri. Adalah dalam 10 orang anak dia. Baru lahir pun ada. Ramainya. Makcik Wan pula masih sama, masih 5 orang. Paling kecil dah pun darjah 3. Sekolah pula kat sekolah lama aku, SK Jalan Residensi. Teringat Cikgu Rozita.

rumah jiran aku Makcik Wan

kanak-kanak kecil ini dah jadi besar

Sekarang, budak-budak ini gilakan bermain basikal. Sampai kepala berjahit kiri dan kanan. Parut di lutut, kaki, tangan, semuanya ada. Budak-budak ini memang dah hilang akal. Padahal bukan jauh pun mereka main. Depan rumah je. *Tak sayang nyawa betul* Lagi pula, anak-anak ini ada darah seni. Mula bergiat dengan Teater, Monolog dan tarian gara-gara ayah dan ibunya bekerja dengan Kebudayaan Pulau Pinang. Hasrat mereka nak masuk ASWARA bila besar. Jangan hangat-hangat tahi ayam ye adik-adik.


Sempat pula aku snap gamba ni. Gamba last mereka bersalaman. Dah tiba waktu pulang. Macam nak tinggal kat sana je lagi tapi dah tak boleh. Kenangan sajalah ketika di sana. Sorang je yang aku nak jumpa tapi tak dapat. "Nazwa, anda sahaja yang aku tak dapat jumpa. Kenapalah pulang awal sangat ke Sungai Petani." Tak ada rezeki nak jumpa. Hurm.


No comments:

Post a Comment