Tuesday, February 2, 2010

[UTeM] Pilihanraya UTeM


Assalamualaikum

Entri aku kali ini tentang Pilihanraya Kampus yang berlaku baru-baru ini. Ia bertujuan untuk memilih calon-calon yang berwibawa sebagai Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2010/2011. Pada 25 Januari 2010, penamaan calon bagi pilihanraya kampus UTeM. Rakan sekelas aku merupakan salah seorang calon tetapi dia tidak bertanding sebagai calon umum tetapi bagi calon fakulti aku iaitu Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK).
gamba yang aku di pagi buta untuk flyer beliau

Bermula malam itu, poster-poster calon telah pun dinaikkan. Aku telah menjadi agen bagi calon Nurul Fathiyah Bt Shamsudin. Tugas aku hanya mempromosi dan menyediakan poster-poster dan flyers. Tugas menggantung diserahkan kepada agen lelaki. Mereka lebih sesuai bagi kerja-kerja sebegitu. Terima kasih pada mereka atas gantungan poster-poster.

poster-poster yang digantung

Sebelum hari mengundi, tentunya calon-calon akan menjalankan kempen untuk meraih undi. Sesi yang aku join hanyalah sewaktu Rapat Umum di hostel TTU3 di mana terdapat pelajar FTMK yang ramai di sana. Suasana sedikit meriah di sana. Tugas mengagih flyers buat kali terakhir diadakan. Ucapan-ucapan menisfesto dari calon-calon kedengaran untuk meraih undi. Aku hanya mendengar. Kebanyakan calon sangat bersemangat.
aku di tengah-tengah mantan mpp dan mpp yang baru

28 Januari 2010, bermula jam 8 pagi sehinggalah 5 petang, sesi mengundi dijalankan. Hanya pada jam 1 petang, barulah aku dapat menjalankan kewajipan untuk mengundi. Siapa yang mengundi dapat cenderahati. Ingat nak dapatkan button badge tapi hanya pen sahaja yang aku dapat.

Sebelum mengundi, aku call Kak Myra. Sambil-sambil promosikan kawan aku di SuriaFM. Walaupun aku tahu student UTeM kurang memilih nak dengar stesen tu. Asyik-asyik SinarFM je. Sedikit gementar untuk bercakap, maklumlah sudah lama tidak call untuk on air. Terima kasih ye Kak Myra layan Aten.

Malamnya, keputusan diumumkan. Tapi internet buat hal yang tidak sepatutnya. Hotspot ada masalah teknikal. Tapi keputusan still dapat diketahui. Kawan aku itu terpilih menjadi MPP. Alhamdulillah. Sebabnya hanya yang terpilih sahaja dipanggil untuk meeting. Balik dari meeting, aku dapat tahu result keseluruhan. Siapa YDP MPP, Timbalan, Setiausaha, dan juga Exco-Exco, semuanya dari dia.

Kepada MPP bagi sesi baru ini, harap korang dapat jalankan kewajipan yang diberi dengan seikhlas hati. Anda dipilih hasil dari undian pelajar-pelajar UTeM. Jangan hampakan harapan mereka yang mahukan perubahan. Suarakan apa yang sepatutnya. Terima kasih.


No comments:

Post a Comment